Friday, June 12, 2009


Ada satu perkara yang menarik perhatianku hari ini di ruangan akhbar Inggeris (NST)...masalah setinggan dan luahan penduduknya. Bila aku baca luahan hati mereka yang mengalami masalah penempatan ada rasa sayu yang terselit di hati, ada rasa yang macam2. Harapan dan matlamat pemimpin..zero setinggan..mudah bukan dan jikalaulah ada cara yang pantas macam magik ke untuk memastikan usaha itu tercapai, sudah pasti ianya telah lama digunapakai.Cadangan yang diusul bukanlah tidak bagus namun sebelum berani menyatakan misi negara ialah zero setinggan masalah-masalah yang mendatang perlulah ditangani dahulu...Setiap kali aku melalui jalan yang satu ini , ada persoalan yang bermukim di hati namun masih belum terjawab. Bgaimanakah rasanya menjalani kehidupan seharian yang mana di tepi kawasan rumah tersebut, "loji"...ada sahaja aroma yang tidak menyenangkan singgah menyapa..anda faham bukan?? kawasan di situ dahulumya dalah kawasan setinggan namun penempatan mereka telah dipindahkan..iaitu pangsapuri yang kita nampak sekarang..Usaha pihak berkuasa untuk mencantikkan lagi negara Malaysia yang tercinta sememangnya ada namun masalah lain pula timbul...Rumah yang diberikan terlalu sempit, bagi family yang kecil mungkin tiada masalah namun yang bekeluarga besar???belum lagi ditambah dengan permasalahan sosial yang semakin meruncing..Benar, masalah2 ini bukan lah berpunca dari pihak berkuasa semata2 namun mungkin boleh dikatakan salah satu punca. Bukanlah berniat untuk menuding jari ke mana2 pihak namun dalam menjadikan Malaysia ini zero setinggan semua pihak yang berwajib perlu dapat forsee masalah yang akan timbul selepas itu, termasuklah yang menjadi penduduk di kawasan tersebut..jika sudah ada cara untuk mengatasinya, adalah lebih baik, namun siapa tahu, kemungkinan ini adalah satu jalan titik tolak ke arah perubahan yang lebih baik..

No comments: