Monday, June 15, 2009

Kita menjadi ibu bapa selamanya....


Salam sejahtera kepada semua yang membaca entri ini...Tiga hari yang lepas saya mendengar satu sesi bual bicara di radio...tajuknya...parent until the end..saya belum berkahwin lalu saya belum bergelar sebagai seorang ibu...pastinya rata-rata yang menjengah blog ini juga masih belum melangkah ke alam perkahwinan.Namun pada hemah saya, kita tidak perlu menunggu untuk menjadi ibu bapa hanya setelah kaki ini melangkah ke alam perkahwinan.Seharusnya, rasa itu perlu wujud bermula dari saat ini, walau ada yang menganggap terlalu awal. Kita punya ibu dan ayah, lantaran itu mengapa tidak kita mendalami dan selami hati mereka, memahami mereka kerana satu hari gelaran itu juga yang akan kita sandang..Insya Allah.Di dalam bual bicara yang saya dengar tempoh hari, ia lebih menekankan tentang pendekatan yang perlu diambil oeh ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa bukan sahaja menjadi role model kepada aanak-anak tetapi lebih dari itu..Setiap dari individu yang bergelar ibu atau bapa pasti mempunyai metodologi yang diambil untuk mendidik anak mereka. Satu tips yang diberikan, didiklah anak sedari kecil untuk berfikir, not only to make them as follower but good thinker. Contoh yang diberi amat mudah dan reasonable. When a little boy come to you and ask, how the tree grows???What would be your answer? Rata-rata ibu bapa akan menjawab, dari anak benih, beri baja atau makanan, siram dengan air, letak bawah cahaya matahari, hiduplah pokok itu. Jika anak yang bertanya itu umurnya masih muda, katakan 4 atau 5 tahun, mampukah mereka memahami jawapan tersebut secara menyeluruh? Mungkin ya dan mungkin tidak. Namun cara yang berkesan ialah, dengan megajak mereka berfikir. Create soalan yang memungkinkan mereka berfikir. Contohnya berkenaan dengan pokok tadi..tanya mereka, rasa-rasanya pokok boleh tumbuh sendiri ke tak?kemudian jika mereka jawab tidak, tanya pula kenapa?mereka mungkin akan memberikan jawapan, tak ada orang nak tanam dia...atau...tak ada siapa nak bagi pokok tu makan...dan lain.Ha, inilah contoh cara kita melatih mereka untuk berfikir, walau nampak mudah tapi kalau tak dipraktikkan mana mungkin nampak hasilnya.Walaupun soalan-soalan yang kita ajukan kepada mereka mungkin sound silly tapi tidak mengapa, kerana ini adalah proses latihan untuk mereka. Insya Allah bila besar anak itu akan menjadi seorang good thinker not just a follower, tapi bukan bermakna responsibility of the parent will diminish up to certain point but it always continues till the end...

No comments: