Monday, July 6, 2009

Kehidupan

Sejenak ku imbasi
Pelayaran hidup yang ku lakar
Tujuan dan arah yang kutuju
Naluri nafsu yang seringkali menguasai diri
Di manakah aku??..

Dalam kesamaran
Ku mencari cahaya
Yang terselindung di balik hati yang kosong
Masihkah ada ruang untuk diriku di sampingmu tuhan
Belum terlambatkah aku??

Hakikat diri perlu kepada pencipta nya
Kerana hidup tak selalunya indah
Dibayangi seribu macam mehnah
Yang datang menduga
Menguji
Kuatkah imanku??

Hari ini mungkin aku tegar
Menolak segala macam tribulasi yang melanda
Namun esok hari aku sendiri belum pasti
Mampukah aku??

Itulah insan
Hidupnya tidak pernah sunyi dari persoalan
Yang kadangkala tak terjawab dek akal yang satu
Lalu ku akhiri ia dengan jawapan yang mudah
Jangan pernah lari dari persoalan kerana itu adalah hakikat kehidupan
Sebaliknya hadapilah ia sebagai menghormati anugerah tuhan

No comments: